Blogger Layouts

Tuesday 26 April 2011

~Lagu Khas untuk Baktisiswa 2~

Assalamualaikum..rasanya semua peserta Baktisiswa 2 mesti dah sabar kan nak tunggu 17 Mei 2011..sebab masa nie tinggal 19 hari lagi. Khabarnya orang kampung sana pun sama. Dah buat persiapan untuk kita semua pergi. Walaupun bilangan kali ini tidak seperti dulu namun kemeriahannya pasti terasa sebab kali ini menjajikan pelbagai memori terpahat..Jadi saya dengan segala hormatnya mempersembahkan sebuah lagu khas untuk peserta- peserta kali ini di mana lagu ini liriknya ditulis oleh saya dan saya tukar sedikit dari lagu asal ciptaan Iswardy & Syam Kamikaze nyanyian Black bertajuk Sofea Jane..jadi saya berhempas pulas tak tidur malam nak cari idea menggarap sebuah lagu khas untuk anda semua sampaikan hujan malam tadi. Ikhlas dari saya buat anda semua termasuk peserta2 yang tak dapat pergi..dan yang khasnya lagu ini akan dinyanyikan oleh seseorang semasa di Pantai Ban Pecah nnti yang saya telah aturkan eksklusif buat yang pergi nanti...terimalah lagu untuk anda KEKAL SELAMANYA.....




Kita semua ibarat keluarga
yang tak kan berpisah
susah senang bersama
walau apa duri ranjaunya


hanya kepadaMu ku harap
Moga kekal bersama....oooo

Kau selalu membuat hatiku rasa gembira
Dan kau yang selalu ada
saat semua pergi

Bagaimana mungkin untuk ku lupai

Kini telah ku sedari
Kasih antara kita yang hakiki

Seandai kau tahu
apa yang ku mahu
Mahu kasih ini tak berhenti di sini
Moga tak kan luput
di muara yang surut
cinta antara kita
yang dari Pencipta
kekal selamanya

...

Tawa riang tangis kita semua
kenangan bersama
dan kau yang tiada pengganti
terpahat di hati
bagaimana mungkin untuk ku lupai

Kini telah kusedari
Baktisiswa tahun ini
memori tersendiri

Seandai kau tahu
apa yang ku mahu
Mahu kasih ini tak berhenti di sini
Moga tak kan luput
di muara yang surut
cinta antara kita
yang dari Pencipta
kekal selamanya

hooo hooooo

Seandai kau tahu
apa yang ku mahu
Mahu kasih ini tak berhenti di sini
Moga tak kan luput
di muara yang surut
cinta antara kita
yang dari Pencipta
kekal selamanya

lagu oleh : Iswardy & Syam Kamikaze
lirik oleh   : Aimaduddin Aiman
Penyanyi : ????????????


( ni karaoke, masukkan lirik atas ikut melodi lagu nie,nnti penyanyi khas akan nyanyi kat sana)

No comments: