Blogger Layouts

Sunday 20 March 2011

Pesta Pantun Baksis~

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Semalam telah berlangsungnya Pesta Pantun untuk semua peserta Baksis 2011. Program ini dicadangkan oleh PM Baksis 2011 iaitu Aimaduddin Aiman.. Walaupun tidak kesemua peserta Baksis (78 orang) mengambil bahagian dalam pesta pantun ini,, tetapi ianya masih lagi meriah kerana disertai oleh beberapa pemantun berbakat. Ada juga yang ghaib secara tiba-tiba ketika perlawanan sedang dijalankan. Bak kata PM,, " biasalah,, pesta pantun alam maya "!! Antara pemantun hebat yang menyertai perlawanan pantun ini ialah :

  1. Aimaduddin Aiman
  2. Farhanah Ehsan
  3. Shahirun Azri
  4. Shahrul Affandi
  5. Syahmi D Ibrahim
  6. Afiq Fadhli
  7. Sabrina Afifah
  8. Amirah
Dibawah adalah beberapa pantun yang agak menarik =) Mungkin masih ada bakat terpendam dalam diri peserta Baksis sampaikan ada yang tercampurkan rentak puisi dalam pantun dan sebagainya.. Yang penting ukhwah antara peserta Baksis still erat.. InsyaAllah =)

comelnya muka tidak terperi
ditambah dengan ikalnya rambut
marzuki mulut sangat berisi
ap Bie MoHd ad terpikat???

pergi ke pasar waktu pagi,
pergi utk mmbli tongkat,
walau mulut sgt berisi,
malas den nk terpikat!

bunga paha dihias berseri
ditabur melati menghias jambangan
Ikhsan Adha dan Mohd Nadhar Nozri
bertakhta dihati Farhanah Ehsan siapakag gerangan???

dengar - dengar wahai Aimaduddin Aiman,
seorang puteri telah di miliki,
lihatlah si puteri bernama Farhanah Ehsan,
konpem mompem Shahrul Affandi Bin Baharin yang bertahkta di hati. =D

berbakat pelajar cfs iium bawak motor !
 Rumah Pak Teh di tepi sawah
Pagi-pagi memitik gitar,
kerja Aimaduddin Aiman nak tunjuk gah
please la, sikit pon saya tak gentar.

Pulau Cendana terbangnya camar,
Bersayap biru si burung kedidi,
Dinda Sabrina Afifah Nizar,
Kanda Aimaduddin Aiman tak tahu jual ke beli....

* semua gmbr yg dipilih hanya sebagai kenangan kita bersama~


No comments: